Terima kasih kepada 600+ orang yang telah mendapatkan Ebook ini. Siapkan Pitch Deck anda cepat-cepat. Banyak geran perniagaan yang ada kat luar sana.
Psst! Adakah anda seorang usahawan atau bakal usahawan yang sedang merancang untuk memohon dana pelaburan atau geran perniagaan?
Sama ada untuk memulakan perniagaan ataupun mengembangkan perniagaan sedia ada anda.
Banyak sekali geran perniagaan dan dana pelaburan ekuiti sesuai yang ada di luar sana untuk anda mohon. ⭐
EBOOK PANDUAN LENGKAP PENYEDIAAN PITCH DECK MESRA PELABUR
Pelajari cara memenangi hati juri penilai dan pelabur dengan Pitch Deck yang Ohsem!
Inilah tajuk EBOOK yang saya pikir paling sesuai diberikan kerana topik utama di dalam EBOOK ini akan tertumpu kepada struktur penyediaan Pitch Deck.
EBOOK ini akan membantu anda belajar kaedah atau cara bagaimana untuk menghasilkan Pitch Deck yang bagus dan menarik!
Juga input lengkap A sampai Z yang anda perlu tahu sebagai persediaan untuk memohon geran perniagaan.
APA BENDA PITCH DECK NI?
Pitch Deck dalam bahasa mudahnya adalah ringkasan bagi sebuah rancangan perniagaan (RP) untuk sesuatu produk atau servis bagi rujukan pelabur, stakeholder, rakan kongsi dan pihak berkepentingan.
Kebiasaannya, Pitch Deck disediakan di dalam bentuk slides pembentangan format PowerPoint ataupun Keynote macam gambar dalam kat bawah ni.
SIAPA SAYA?
Sebelum tu, saya kenalkan diri saya…
Hi, saya Wan Hairul Azzuan.
Seorang usahawan mikro seperti kebanyakan daripada anda.
Pada akhir tahun 2015, saya mengambil keputusan berhenti kerja dari sebuah bank dan memulakan perniagaan sendiri.
Kini, selain daripada menguruskan perniagaan, saya aktif terlibat sebagai Business Coach di beberapa agensi kerajaan.
Saya juga bertanggungjawab sebagai seorang Digital Marketer untuk sebuah kerajaan negeri dan satu jenama besar rangkaian francais makanan segera (lebih 40+ cawangan) di Malaysia.
KENAPA SAYA HASILKAN EBOOK PITCH DECK INI?
Saya tahu masih ramai usahawan di luar sana yang tidak tahu kepentingan dan cara menyediakan Pitch Deck.
Sama seperti saya ketika awal-awal mula berbisnes dulu.
Pada peringkat awal berbisnes dulu, saya tidak mempunyai modal yang besar.
Saya sebolehnya cuba elakkan daripada memohon pinjaman bank.
Saya fikir kenapa saya perlu buat pinjaman bank untuk dapatkan modal berniaga kalau saya boleh usaha dapatkan geran perniagaan.
Tahun 2014, saya cuba menghantar idea perniagaan saya di Rural Business Challenge anjuran Kementerian Luar Bandar.
Alhamdulillah saya layak ke final.
Kali pertama seumur hidup saya masuk TV.
Daripada 24 peserta yang layak final, 15 orang dapat RM10,000.
Saya salah seorang yang GAGAL menang bawa balik RM10,000 tu.
Ni la idea perniagaan saya pada waktu tu.
Datuk Rosyam Nor cakap tak berapa sesuai untuk masyarakat luar bandar.
(Masa tu marketplace atau mobile app tak femes lagi)
So, tak menang lah saya.
Bermula dari situ, saya cuba cari tip-tip macam mana nak dapatkan geran perniagaan.
Pada masa ni, saya sendiri pun tak pernah dengar perkataan Pitch Deck.
Tak tahu pun apa fungsi Pitch Deck.
Main letak je semua info idea perniagaan saya dalam slides pembentangan tu.
Setelah dikaji, saya perasan salah satu kriteria utama untuk dapatkan geran perniagaan adalah dengan mempunyai…
PITCH DECK YANG MENARIK DAN SENANG DIFAHAMI
PITCH DECK YANG MENARIK DAN BERSTRUKTUR
Tahun 2015, saya cuba lagi sekali.
Kali ini di program anjuran sebuah agensi kerajaan.
Saya ubah habis Pitch Deck saya dan jadikan ia lebih menarik dan lebih berstruktur.
Alhamdulillah rezeki kali ini.
Saya menang geran perniagaan RM500,000.
Daripada beribu permohonan, hanya 16 orang usahawan sahaja pada ketika itu berjaya dapatkan geran perniagaan tersebut.
Selepas itu, saya sertai banyak lagi program keusahawanan dan startups yang menawarkan geran perniagaan dan dana pelaburan daripada agensi kerajaan dan korporat.
Hampir kesemuanya program yang saya sertai membawa saya ke peringkat akhir (Finalis) dan banyak juga yang saya menang.
Dan dengan PITCH DECK YANG MENARIK juga saya dapat ke pergi ke USA dengan tajaan penuh oleh MaGIC.
Saya makin sedar kepentingan Pitch Deck Yang Menarik selepas saya menang Anugerah Usahawan Sosial (MCY) pada tahun 2017 daripada MOSTI.
Daripada lebih 1,000+ penyertaan, saya menang Anugerah ini.
Peserta-peserta lain juga bukan calang-calang.
Anda boleh tengok pangkal nama setiap peserta kat bawah ni.
Hampir 90% adalah peserta adalah ahli akademik (PhD) dari universiti.
Berbanding saya yang tiada apa-apa kecuali mempunyai Idea Perniagaan & Pitch Deck yang menarik.
Ini bukti besar bahawa idea perniagaan atau produk yang power bukan jaminan untuk dapatkan geran perniagaan sekiranya sesi pembentangan (dan Pitch Deck) tak power.
KERJA-KERJA PITCH DECK SAYA
Selepas itu, saya lebih aktif menjadi seorang Pitch Deck Designer.
Saya hasilkan Pitch Deck untuk klien² yang ingin memohon geran perniagaan.
Sehingga kini, lebih daripada 100+ Pitch Deck saya hasilkan untuk klien.
Ada yang gagal, ada yang sukses!
Setakat ini klien-klien Pitch Deck saya telah menerima dana pelaburan dan geran perniagaan lebih RM10 juta keseluruhan!
PENGALAMAN SEBAGAI JURI PENILAI GERAN PERNIAGAAN
Pada akhir tahun 2017, saya telah dijemput untuk menjadi salah seorang juri penilai untuk sebuah program usahawan bumiputera anjuran sebuah agensi kerajaan.
Lebih 1,000 pembentangan idea perniagaan saya nilai dan berikan markah.
Dengan setiap seorang peserta hanya diberi masa 3 ke 5 minit sahaja.
Daripada jumlah tu, tak sampai 20 orang pemohon yang dapat geran perniagaan daripada agensi tersebut.
20/1000 = 2% sahaja peratusan peluang bagi setiap pemohon untuk dapat geran perniagaan.
Tipis je kan peluang nak dapat geran perniagaan?
Jangan risau!
Itu la sebab utama saya hasilkan EBOOK ini DAN kenapa anda perlu dapatkannya!
Matlamat utama saya adalah untuk tingkatkan peratusan peluang anda dapatkan geran perniagaan.
Sekurang-kurangnya boleh tingkatkan peratusan peluang anda daripada 2% kepada 10%.
Takde la pasni tuduh orang yang dapat geran perniagaan ni mesti ada kabel besar lengan. :p
Ini bukan soal kabel atau tidak.
Ini soal mencari dan merebut peluang.
Bukankah ini sifat yang perlu ada pada seorang usahawan?
Jadi dalam EBOOK ni, saya cover topik-topik berikut:
1️⃣ Rahsia Struktur Power Pitch Deck bernilai RM397
2️⃣ 8 Tips Persediaan Sesi Pitching bernilai RM129
3️⃣ 29 Soalan Lazim Juri Penilai & Pelabur Dan Cara Menjawabnya bernilai RM197
4️⃣ 5 Model Bisnes Yang Kurang Mesra Pelaburan & Geran Perniagaan bernilai RM129
Semua ini bernilai RM852!!
Bukan itu je.
Saya berikan BONUS untuk anda bernilai RM980!!
☑️ 2 Pitch Deck Lengkap Yang Telah Mendapat Geran Perniagaan Lebih RM4 juta. (Bernilai RM500)
☑️ 17 Template Pitch Deck Lawa bernilai RM120
☑️ 10 Senarai Geran Perniagaan Yang Anda Boleh Mohon bernilai RM20
☑️ Template Excel 5 Years Financial Projection bernilai RM120
☑️ Template Excel Lean Canvas & Contoh Lean Canvas Lengkap bernilai RM50
☑️ Template Gantt Chart bernilai RM50
☑️ 100+ Template Slides Presentation Lawa Untuk Bantu Anda Buat Pitch Deck Lawa bernilai RM120
Kesemua ini bernilai RM1,832
Disclaimer: EBOOK ini sesuai untuk semua usahawan tidak kira apa jenis produk ataupun servis yang dibangunkan.
Juga tidak terhad pada mana-mana peringkat produk sama ada masih di peringkat idea ataupun peringkat komersil.
Namun, EBOOK ini tidak menjanjikan bulan bintang anda akan CONFIRM dapat geran perniagaan.
Banyak faktor lain yang terlibat dalam memainkan peranan untuk anda dapatkan geran perniagaan seperti kekuatan produk, model perniagaan, nilai komersil produk, kemahiran pitching dan lain-lain faktor.
Kesemua kandungan dan tips di dalam EBOOK ini adalah berdasarkan pengalaman saya dalam menghasilkan Pitch Deck sendiri dan Pitch Deck untuk klien-klien yang sudah terbukti & masih relevan untuk digunapakai sehingga kini.
Atas permintaan ramai, anda boleh dapatkan EBOOK LENGKAP yang bernilai RM1,832 ini pada harga yang masih sama tak berubah
RM97 SAHAJA
Terima kasih kepada 600+ pembeli yang telah dapatkan Ebook Lengkap Panduan Penyediaan Pitch Deck ini.
Semoga bermanfaat untuk semua!
Jangan risau EBOOK ni tak meleret-leret.
Anda belajar APA yang perlu belajar sahaja…
Jika selepas anda dapatkan EBOOK ini dan rasa macam tak membantu langsung, boleh minta refund terus.
EBOOK ini sudah sedap kalau dibaca menggunakan mobile phone. Tapi kalau nak lagi sedap, print siap-siap.
Dan saya mohon maaf!
Review dan testimoni EBOOK ni takde sebab senang je nak buat testimoni dan review tipu.
Saya nantikan testimoni tulen dari anda. ❤️
Berminat dapatkan EBOOK ni, boleh KLIK butang BUY NOW di bawah:
p/s: Sila check email anda selepas bayaran dibuat. Kalau takde, cuba check kat SPAM :)
Buy Now