
"Revolusi Pedagogi: Problem Based Learning Dengan Canva dan AI Generatif " oleh Dr Mohammad Tazli Azizan dan Don Skolar adalah lanjutan daripada perincangan dalam buku sebelumnya, yang memfokuskan pada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) yang diperkaya dengan alat digital moden seperti Canva dan Generative AI.
Buku ini meneroka konsep problem based learning — pendekatan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, di mana mereka terlibat dalam penyelesaian masalah yang relevan dan juga mencabar, berbanding kaedah tradisional yang berpusatkan guru. Pendekatan ini menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis, kreatif, dan bertanggungjawab dalam mencapai objektif pembelajaran, serta mengembangkan kemahiran penting seperti penyelesaian masalah dan kerja berpasukan.
Buku ini turut menyertakan panduan dan cadangan praktikal tentang bagaimana teknologi ini dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks pendidikan masa kini.
Buy Now