Cara Paling Mudah Untuk Jadikan Pengajaran Lebih Kreatif dan Efektif Dengan Penggunaan Generative Ai

Bayangkan ada "pembantu peribadi" dalam bilik darjah yang boleh bantu anda:

✅ Menjimatkan masa menyediakan bahan pengajaran.  
✅ Mencipta aktiviti kreatif yang seronok untuk pelajar.  
✅ Fokus pada hubungan dengan pelajar, sementara AI uruskan tugasan rutin.  

Tapi, adakah teknologi seperti ChatGPT ini benar-benar membantu, atau ia akan menggantikan peranan guru? 🤔  

Buku CHATGPT - Panduan Lengkap Menggunakan ChatGPT Di Dalam Bilik Darjah

CHATGPT - Panduan Lengkap Menggunakan ChatGPT Di Dalam Bilik Darjah ialah sebuah buku terbitan Skolar Sdn Bhd yang meneroka potensi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam dunia pendidikan. Buku ini dihasilkan untuk membantu guru memahami, mengadaptasi dan memanfaatkan aplikasi seperti ChatGPT bagi memperkaya pengajaran dan pembelajaran.

 

Ditulis oleh Dr Mohammad Tazli Azizan dengan pendekatan praktikal, buku ini menawarkan teori asas, panduan langkah demi langkah serta contoh aplikasi di bilik darjah, menjadikan teknologi sebagai alat sokongan yang meringankan beban guru dan memenuhi keperluan pelajar dengan lebih efektif.

 

Dengan mesej utama bahawa teknologi bukan ancaman tetapi peluang, buku ini mengajak pembaca untuk merenung, bertindak dan menggunakan teknologi sebagai alat perubahan dalam pendidikan.

 

Mari kita membongkar bagaimana ChatGPT boleh membantu merevolusi pengajaran, sekaligus membina masa depan pendidikan yang lebih kreatif, inovatif dan inklusif.

Siapa Penulis?

Dr. Mohammad Tazli Azizan ialah seorang perunding pendidikan dan pengasas bersama Skolar Malaysia yang komited untuk memajukan ekosistem pengajaran dan pembelajaran. Beliau telah berkhidmat di institusi terkemuka seperti Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dan kini merupakan Profesor Madya di Universiti Brunei Darussalam, khususnya di Centre for Lifelong Learning (C3L).

 

Sejak memperoleh PhD dalam bidang kejuruteraan kimia dari Imperial College London pada tahun 2014, Dr. Tazli terus menunjukkan minat mendalam terhadap kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Beliau juga merupakan Jurulatih Bertauliah HRDCorp, dan kepakaran beliau dalam memanfaatkan alatan serta teknologi AI telah membantu ramai pendidik dan pelajar meningkatkan produktiviti. Pendekatan beliau yang mesra dan inklusif memudahkan sesi pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan, sambil menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif.

Portofolio Dr. Tazli amat luas, merangkumi penganjuran pelbagai kursus dan bengkel yang direka untuk memanfaatkan potensi alatan serta teknologi AI dalam pendidikan. Beliau yakin bahawa dengan bimbingan dan sokongan yang tepat, para pendidik serta pelajar mampu menerokai peluang pembelajaran sepanjang hayat dan mencapai kemajuan yang ketara.

 

Selain minatnya dalam pembangunan pendidikan, Dr. Tazli juga aktif mempromosikan pendekatan pedagogi yang holistik dan berkesan untuk memastikan setiap individu dapat berkembang mengikut potensi masing‐masing. Komitmen beliau yang berterusan menjadikan Dr. Tazli seorang pendidik dan perunding yang dihormati, serta sumber inspirasi bagi mereka yang ingin menjejakkan kaki ke arah transformasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Dr Tazli juga merupakan Canva Verified Expert kedua di Malaysia.

Untuk siapa buku ini?

✅ Pendidik dan Guru: Mereka yang ingin memahami dan mengaplikasikan teknologi Ai dalam proses pengajaran bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

 

Pentadbir Sekolah: Pihak pengurusan pendidikan yang ingin meneroka cara teknologi boleh digunakan untuk menyokong guru dan pelajar.

 

Pelatih Guru dan Pelajar Pendidikan: Profesional yang berminat untuk menggunakan alat digital dalam meningkatkan penyampaian pengajaran.

 

Pakar Pendidikan dan Penyelidik: Mereka yang berminat untuk mengkaji impak AI dalam pendidikan serta mengembangkan strategi pengajaran inovatif.

 

Ibu Bapa dan Penjaga: Yang ingin memahami bagaimana teknologi seperti ChatGPT boleh menyokong pembelajaran anak-anak mereka di rumah.

 

Penggubal Dasar Pendidikan: Pihak yang terlibat dalam merangka dan melaksanakan dasar pendidikan yang inklusif serta berpandangan ke hadapan.

Apa yang anda akan dapat?

✅ Panduan praktikal dari teori ke aplikasi.

✅ Contoh-contoh kreatif yang boleh terus dipraktikkan.

✅ Tips untuk jadikan ChatGPT alat bantu, bukan pengganti peranan guru.

✅ BONUS: Link kepada CustomGPT Dr T’s Scholarly Guide untuk membantu anda menyediakan lesson plan, rubrik, assessment dan aktiviti dalam kelas secara berstruktur!

Tingkatkan Skill Anda Mengajar Hari Ini.
Dapatkan Sekarang !

Tawaran TERHAD untuk 100 orang terawal sahaja!

[PRE-ORDER] Buku CHATGPT - Panduan Lengkap Menggunakan ChatGPT Di Dalam Bilik Darjah

RM49.90

RM39.90

✅ Lebih 232 muka surat
✅ 11 topik yang menarik
✅ PERCUMA Custom GPT

COMBO BUKU + EBOOK CHATGPT - Panduan Lengkap Menggunakan ChatGPT Di Dalam Bilik Darjah

RM99.90

RM69.80

✅ Lebih 232 muka surat
✅ 11 topik yang menarik
✅ PERCUMA Custom GPT

✅ Termasuk buku fizikal ChatGPT

Setiap peluang yang datang, hanya datang sekali sahaja. Kalau anda terlepas, mungkin anda tak akan dapat lagi peluang sebegini…

 

Ketahui macam mana anda boleh jadi seperti mereka yang dah mahir menggunakan ChatGPT dengan betul dalam pembelajaran dan menjadikan pengajaran lebih kreatif.

 

Jangan ketinggalan! 🚀 Dapatkan buku ini sekarang dan mulakan revolusi dalam bilik darjah anda.