" Red Flag (Pendidikan di Malaysia-Krisis atau Evolusi?) " yang ditulis oleh beberapa pendidik Malaysia dan terbitan Skolar Malaysia ini adalah buku mengenai pendidikan yang membincangkan sama ada negara kita sedang menghadapi krisis atau sedang melalui satu evolusi. Ianya menjadi sebuah seruan untuk bertindak dan mengajak pembaca untuk merenung dan berfikir secara kritikal, serta mempertimbangkan bagaimana mereka boleh menjadi agen perubahan dalam memajukan sistem pendidikan Malaysia. Buku ini mengumpulkan pandangan daripada pelbagai pendidik dan pakar yang berpengalaman dalam bidang pendidikan, mengumpul isu-isu utama dari bilik darjah hingga dasar pendidikan negara. Selain itu, buku ini juga mengajak para pembaca untuk merenung dan bertindak dalam memastikan pendidikan di Malaysia mampu melahirkan generasi yang berdaya saing di peringkat global.
Mari kita membongkar segala cabaran dan kelemahan dalam sistem pendidikan, sambil mencadangkan penyelesaian praktikal untuk penambahbaikan.
Buy Now